Thursday, April 27, 2006

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM



Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban
daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional
dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam
sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali
kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam
dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini
didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya,
khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan
genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran
dan kekuatan daya ingatan :



1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya
sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat",
dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan
keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental
individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti
kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium),
kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan
kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal,
hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati
penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja
otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.



CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!



2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab
dan mengalami kelemahan dalam berfikir.



CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah
seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu
keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam
kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak,
protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati
kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah
s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal,
memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik
untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar.
Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.



CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah
s.a.w.



4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang
lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium,
kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi,
air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang
nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t
memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning,
berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.



5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus
dan mencampurkannya dengan gula.



CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.



6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan
fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau-limau jenis lain juga elok untuk
diamalkan.



7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah
delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40
hari."



8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia
mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif
untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat
popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati
dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.



9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh
dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.



10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat
pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a
meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.



11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat
meningkatkan kekuatan hafazan.



12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan
bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.



13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan
lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan
kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan
amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di
Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.



14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.



15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai
runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.



16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.



17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.



18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.



19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w.,
"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika
kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana
ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.



20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.



21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.



22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Friday, April 21, 2006

Ibu bapa perlu berganding bahu didik, tarbiah anak

Dapat ni dari member ofis...rasa bagus jer kalau dapat share kat sini..untuk panduan bersama dalam membesarkan anak-anak.


SEBAGAI ayah dan ibu yang hatinya dipenuhi dengan limpahan rahmat Allah, kita menjadi orang yang paling kasih kepada anak. Begitu sebaliknya, apabila Allah SWT mencabut rahmat-Nya dari hati manusia. Dia akan berubah menjadi seorang yang kasar dan tiada belas kasihan. Bahkan, ada yang tidak bertanggungjawab dalam mengasuh anak-anak.


Alhamdulillah, kita patut bersyukur jika wujud perasaan takut dan risau disebabkan perkembangan kehidupan anak. Percayalah juga bahawa perasaan itu saja tidak cukup untuk menyelamatkan mereka. Kadang-kadang kita berasa memenuhi segala kriteria seorang ibu atau bapa mithali. Tetapi, sebenarnya belum mengerahkan segala daya dan upaya untuk menjamin kesolehan anak.


Kita terkejut mendengar anak saudara menghafal al-Quran beberapa juzuk, sedangkan anak sendiri masih belum habis belajar membaca Iqra'. Kita kagum melihat kejayaan anak orang lain dan pergaulan dalam rumah mereka yang mementingkan kerukunan dan akhlak baik, sifat lemah lembut dan bersopan santun, saling menghormati dan menyayangi. Bagaimana dengan anak kita?


Mengapa anak selalu mempermainkan perasaan ibu bapa? Kita boleh bahagia dan sengsara disebabkan perbuatan mereka. Jika seorang manusia dikurniakan seorang anak, sebenarnya dia boleh membaca tingkah lakunya sendiri di dalam peribadi anaknya. Kerana ibu bapa adalah cermin hidup bagi seorang anak.


Jika difahami konsep ini, kita akan berusaha untuk banyak bersabar dengan sikap anak. Mereka belajar daripada diri kita. Mereka membaca pemikiran dan perasaan ibu bapa dan secara tidak langsung mengikuti apa yang dilakukannya. Sebelum, memperbetulkan peribadi anak, eloklah perbaiki dulu apa yang cacat dalam diri sendiri.

Ingatlah syaitan sentiasa menghasut supaya kita mengambil tindakan bodoh dalam menghadapi anak. Ramai ibu bapa terperangkap dalam nafsu amarah yang tidak terkendali ketika menghadapi kenakalan anak. Sikap sedemikian amat disukai syaitan. Akibatnya bertambah kesat perkataan yang masuk ke telinga. Bertambah biadab kita menghentam dan menghina, padahal di situlah mereka belajar bertindak. Begitulah hembusan syaitan yang meracuni keperibadian anak kita.


Alangkah beratnya tanggungjawab ini. Anak dan cucu kita itulah nanti yang sebenarnya akan memastikan syariat Allah tetap terpelihara. Berdoalah dalam sujud yang panjang pada sepertiga malam: "Ya Allah! Jadikanlah mereka hamba-hamba-Mu yang menyembah-MU di atas bumi ini, jadikanlah mereka penerus risalah Nabi-Mu, penolong agama-Mu dan pemberi syafaat pada diri kami di dunia dan akhirat dan jauhkanlah mereka daripada gangguan syaitan yang terkutuk."


Ujian ini perlu dihadapi bersama bukan terletak pada bahu salah seorang daripada ibu atau bapa. Ibu dan bapa saling berganding bahu. Didiklah mereka, ajarkan al-Quran, al-hadis, akhlak dan adab. Bekalkan ilmu dunia, tanamkan iman dan galakkan mereka beramal soleh. Bukan menengking dan mengarah saja. Bahkan, Islam mengajar kita untuk mentarbiah, menyelami perasaan dan jiwa serta mengubati kebencian dengan cinta dan memaafkan.

Mendidik dengan cara mengajak bersama-sama melakukan apa yang dicita-citakan. Berwaspadalah dengan diri sendiri ketika berhadapan dengan anak. Ini kerana anda boleh berubah menjadi orang yang paling bodoh walaupun ijazah doktor falsafah dalam genggaman. Bodoh kerana tidak mahu memahami, tidak mahu bersabar, tidak mahu memaafkan dan tidak memberi peluang kali kedua. Bukankah mereka hanya anak yang belum sempurna ciri kemanusiaannya. Sedangkan kita adalah manusia dewasa yang lebih berakal dan matang.


Sesungguhnya kesan cinta yang paling dirasakan oleh seorang anak adalah ketika dia menerima sentuhan pada hati, zahir dan dalam akal. Sentuhan itu mengandungi ilmu, nasihat dan pujian yang membangkitkan keperibadian.

Jika anak dididik dengan kasih sayang, dia akan belajar menyayangi. Jika anak diajar dengan kekasaran, dia akan belajar melawan dengan kekerasan. Jika anak dihormati, dia akan menjadi orang yang berbudi. Jika anak dikeji, dia akan belajar mencaci. Jika anak dibohongi, dia turut belajar untuk memanipulasi. Jika anak diajar berdikari, dia akan membina integriti diri. Jika anak tidak dipeduli, dia menjadi keras hati dan pantang mengasihi. Semua ini adalah fitrah kehidupan insan yang hidup dengan cara belajar sesamanya. Hanya Allah yang memberi petunjuk ke jalan yang benar.

Ikhtiar yang dilakukan oleh ibu bapa untuk mendidik hendaklah diiringi dengan berdoa kepada Allah supaya dikurniakan sebaik-baik anak yang soleh. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang mengajak kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya. Yang demikian itu tidak akan mengurangi pahala mereka sedikit pun." (Hadis riwayat Muslim)


Ibu bapa yang menyuruh anaknya beribadat, menggalakkan mereka belajar ilmu bermanfaat, memberi teladan baik dengan adab dan akhlak terpuji akan dibalas dengan pahala berterusan hingga ke dalam kubur. Kerana solat anak itu adalah berkat daripada jasa ibu bapanya yang mengajarkan. Demikian juga bacaan al-Quran, ilmu dan akhlaknya. Semuanya menjadi saham terbesar bagi mereka.


INTI PATI

· Ibu bapa perlu banyak bersabar dalam memahami dan menangani kerenah anak.

· Ibu bapa memikul tanggungjawab yang amat besar dalam memastikan syariat Allah tetap terpelihara.

· Ibu bapa hendaklah sentiasa berwaspada dalam mendidik anak-anak kerana mereka mengambil contoh daripada amal dan perbuatan ibu bapa.

· Anak-anak hendaklah dididik dengan kasih sayang dan rasa hormat serta sentiasa berdoa untuk mereka.

· Ibu bapa yang menyuruh anaknya beribadat, menggalakkan mereka belajar ilmu bermanfaat, memberi teladan baik dengan adab dan akhlak terpuji akan dibalas dengan pahala berterusan hingga ke dalam kubur

Thursday, April 20, 2006

Paprik Ayam Simple

Resepi paling simple abad ini..he..he...korang jgn tak try...campak2 jer..gerenti jadi and sodap hingga menjilat jari.....naper tak percaya ker....try test coba dulu!


½ ekor ayam - dipotong kecil2
Sotong
Udang
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram
bahan2 perasa

CARA
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Petua oh petua

Nak kongsi gak petua

1. Kalau lapar cuba jangan makan, minum air putih banyak banyak bagi kenyang
2. Kalau tengahari dah makan nasik + lauk pauk best best tu malam tu cuba jangan makan.
3. Kurangkan makan nasi.
4. Cuba ubah cara masakan contohnya yang berminyak dan bersantan tuh kita tukarkan, cuba masakan secara kukus, bakar dan rebus.
5. Cuba tipu diri anda secara psikologi contohnya depan anda ada seketul paha ayam. Anda bayangkan yg paha ayam itu kalau di makan akan menempelkan lemak sebesar itulah juga di bahagian badan anda
6. Saya duk kat kondo tingkat 10, masa turun saya guna lif, masa naik saya pakai tangga berlari sampai atas.
7. Saya tengok wrestling dan itu menyebabkan saya rajin berulang alik ke gym hahaha. (jeles tgk badan dorang mantap:P)
8. Saya dulu pernah membeli pakaian yang saiznya kecil dari saiz sebenar saya dan untuk memakai baju itu saya memotivasikan diri dengan berdiet agar dpt memakai pakaian itu. kira macam benchmark la nih.
9. Selain itu, cuba sibuk sibukkan diri anda dengan aktiviti lain seperti hobi anda etc.

Sekian sahaja petua yang ntah apa apa dari saya ni. selamat mencuba.


Petua kurus badan senang je jangan amalkan makan pagi yang heavy duty contoh nasi , roti canai , yang berlemak dan yang banyak .

Petua :

Bangun pagi...SEBELUM gosok gigi, berkumur & basuh mukaa...minum segelas air suam. Lpas tu...baru bersihkan diri.
Lpas mandi semua.... minum segelas air suam lagi + perah 1 slice lemon.
Bila sy amalkan...sampai ofis mesti nk buang air.. (detox semulajadi)

-Jangan makan bersulam air.

-Mkn malam sbelum maghrib.

-mkn bila lapar, berhenti sblum kenyang (petua nabi kita & diamalkan PM kita )

-Lpas makan jgn terus tido ( bahaya wooo)

Dan slebihnya...amalkan diet seimbang + exercise

Tuesday, April 18, 2006

KEK OREN



BAHAN-BAHAN


1 bungkus buttercup
5 biji telur
1 cawan gula halus
2 cawan tepung kek
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa orange / sunquick
1 sudu teh ovalet
1 sudu teh krim tartar
1 biji kulit buah oren yg telah di sagat / pewarna kuning


CARA-CARANYA :

1. Sediakan bahan2 buat kek ( dulang pembakar, mixer, etc )
2. Satukan buttercup dgn gula. Pukul hingga kembang.
3. Asingkan putih telur dgn kuning telur. Pukul putih telur hingga kembang.
4. Masukkan kuning telur dalam adunan gula dan buttercup tadi.
5. Apabila sebati, masukkan putih telur yg teleh kembang dan tepung secara berselang seli ( sikit-sikit )
6. Apabial telah sebati, masukkan esen vanila, perisa orange, ovalet, krim of tartar dan pewarna kuning @ kulit oren
7. Pukul sehingga adunan sebati.
8. Sediakan dulang pembakar ( sapukan buttercup tepi dulang ).
9. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celsius
10. Bakar kek selama 60 minit / 1 jam dgn menggunakan tahap api bawah.
11. Untuk mencantikkan permukaan kek, tukar tahap api kepada atas dan bawah sebelum kek masak.

Wednesday, April 12, 2006

Resepi hari ini

My favourite recipe nih..ha..sapa nak cuba..jgn segan2...

Ayam Panggang Madu

Kepak ayam 1 kg [dlm anggaran 10 kepak]
Madu setengah cawan (ikut suka manis)
3-4 sudu sos tiram
2-3 sudu kicap cair
Air 1/2 cwn

Bahan kisar
halia 2 inci
bawang putih 10 biji


Cara: Kisar bahan kisar hingga lumat. satukan semua bahan kisar bersama madu, kicap cair, dan sos tiram. gaul bersama kepak ayam. Masukkan dlm kuali dan masak ayam bersama sos tadi dgn kaedah merebus. Masukkan air 1/2 cwn utk masakkan ayam. Balik2kan ayam dan tutup kuali supaya ayam masak sekata. Bila dah 3/4 masak, angkat ayam sahaja ke dlm bekas lain. Sementara itu teruskan memasak sos hingga likat dan cukup rasa. Setelah likat, masukkan kembali ayam tadi dan gaul rata. tutup api. Pasangkan api gril oven 180-200 degree. Panggang ayam tadi ke dlm oven hingga agak2 garing. Siap utk dihidang.

Wednesday, April 05, 2006