Wednesday, October 04, 2006

Jadual Resepi

Resepi 1
Sabtu Tomyam Telur Bungkus/Ayam Goreng
Ahad Ayam Masak merah ,Sayur campur buncis+baby
Isnin Asam Pedas Ikan kembong + bendi Ikan Tenggiri goreng
Selasa Kari ayam Sayur buncis goreng telur
Rabu Sambal tumis Ikan kerisi Sayur Kobis goreng Ikan bilis
Khamis Ayam Masak Kicap Sayur Kobis goreng + Udang
Jumaat Ayam percik Sayur campur

KEK COKLAT KUKUS INA

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula icing
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas


1) Gula icing + telur pukul hingga kembang/gula hancur
2) Tepung + serbuk koko + soda bikarbonat diayak bersama, masukkan kedalam bahan yg dipukul tadi
3) Masukkan susu dan kacau hingga sebati
4) Masukkan minyak masak dan kacau hingga sebati
5) Akhir sekali masukkan air panas dan kacau hingga sebati
6) Masukkan kedalam loyang ( loyang disapu dgn sedikit marjerin atau guna kertas minyak sapu sedikit tepung/marjerin)
7) Pastikan air menggelegak baru masak bahan tersebut.
8) Kukus selama 1 jam ke 1 jam 10 minit. Api perlahan.

RESEPI KEK LAPIS ASAM MANIS

Kek Lapis Asam Manis

Bahan2
250 gm Buttercup/ Margerin D’bake
1 Cawan gula halus
1 ½ cawan tepung biskut (biskut merrie @ cream cream cracker-blend kering)
1 tin susu kecil pekat manis (kalau yg tinggi sket tu ambil ¾ tin)
6 biji telur gred A ( if telur biasa 7 atau 8 biji)
1 tutup esen vanilla
Pewarna hijau dan kuning
5 peket asam manis.

Cara2

1) Pukul telur hingga kembang-dalam satu bekas.
2) Pukul butter dan gula hingga kembang,kemudian masukkan esen vanilla.-dalam satu bekas lain.
3) Kemudian barulah campurkan telur yang telah dipukul kembang dengan butter dan gula yang telah dipukul asing tadi dalam satu bekas.
4)Masukkan tepung biskut, kemudian susu dan kacau hingga sebati.
5) Asingkan kepada 2 bahagian-satu kuning dan satu hijau.
6) Kukus kek selapis demi selapis.

Selamat Mencuba.